Tuesday, August 5, 2008

Sekadar Renungan




Biasanya orang menganggap apabila ideanya dibangkang, maka maruahnya seperti dicabar. Jangan berfikir begitu. Dalam pasukan, semua idea adalah sumbangan yang berharga, tidak kira betul ataupun salah. Dalam pemikiran kreatif, tiada logik dan argumen diperlukan.

Memang mudah menyuruh orang bertenang, tetapi bukan senang hendak melakukannya. Ramai orang merasakan dia cukup bertenang tetapi sebaliknya semua orang nampak dia sedang 'menggelegak'.

Orang yang bertenang biasanya mempunyai beberapa simptom seperti muka menjadi merah, telinga rasa berdesing, mata berair, badan terasa bahang dan degup jantung menjadi pantas. Ada kalanya tangan bergerak-gerak tanpa tujuan juga menunjukkan keadaan gelisah dan tidak tenteram. Begitu juga dengan perbuatan menggoyang-goyangkan kaki.

Apabila kita mempunyai tanda-tanda sebegini, belajarlah untuk bertenang. Duduk dengan selesa, kekalkan muka yang menunjukkan memberi tumpuan, jangan mengerutkan dahi. Jangan menggeleng kepala. Apabila anda kelihatan bertenang, walaupun dalam dada bergelora, anda dihormati kerana tahu menghargai pandangan orang lain. Cuba fikir-fikirkan.

Kenapa Perlu Kempen Untuk Berubah





Majoriti penduduk negara ini berpendapat masyarakat Malaysia terlalu bergantung kepada pihak lain untuk menggerakkan mereka melakukan sesuatu perubahan atau dengan kata lain masyarakat kita boleh diibaratkan seperti 'masyarakat kempen' untuk berubah.
Isu keselamatan jalan raya boleh dijadikan contoh ketara berkaitan pendapat ini berdasarkan jumlah kempen dari semasa ke semasa khususnya menjelang musim perayaan. Malangnya angka kemalangan terus meningkat seolah-olah kempen demi kempen yang dijalankan masih kurang menunjukkan kesan kepada rakyat negara ini.
Persoalannya sampai bila kita boleh berubah tanpa mengharapkan kempen oleh pihak-pihak tertentu.
Justeru, adakah ini merupakan hanya persepsi umum atau mentaliti sebenar rakyat negara ini. Apa pendapat anda?