Tuesday, August 5, 2008

Kenapa Perlu Kempen Untuk Berubah





Majoriti penduduk negara ini berpendapat masyarakat Malaysia terlalu bergantung kepada pihak lain untuk menggerakkan mereka melakukan sesuatu perubahan atau dengan kata lain masyarakat kita boleh diibaratkan seperti 'masyarakat kempen' untuk berubah.
Isu keselamatan jalan raya boleh dijadikan contoh ketara berkaitan pendapat ini berdasarkan jumlah kempen dari semasa ke semasa khususnya menjelang musim perayaan. Malangnya angka kemalangan terus meningkat seolah-olah kempen demi kempen yang dijalankan masih kurang menunjukkan kesan kepada rakyat negara ini.
Persoalannya sampai bila kita boleh berubah tanpa mengharapkan kempen oleh pihak-pihak tertentu.
Justeru, adakah ini merupakan hanya persepsi umum atau mentaliti sebenar rakyat negara ini. Apa pendapat anda?

1 comment:

Berkat said...

Kempen hanya pendekatan meningkat dan menggalakkan rakyat menyertai sesuatu program. Tanpa kempen seseorang individu boleh berubah kerana ia datang daripada diri sendiri tanpa dipaksa.